Samsung Galaxy Grand Prime Tak Boleh Touch

By Syida Mazlan In Blog, Repair Phone Shah Alam No comments

Samsung Galaxy Grand Prime Tak Boleh Touch

Seorang pelanggan dari Klang datang ke outlet kami dan mengadu kepada kami yang Touch Screen Samsung Galaxy Grand Prime miliknya tak boleh touch. Beliau turut menceritakan yang telefon miliknya selalu terjatuh tetapi tiada kesan retak yang teruk.

Setelah technician kami memeriksa keadaan Samsung Galaxy Grand Prime, kami dapati separuh daripada skrin tidak respon kepada sentuhan terutamanya dibahagian yang retak.

Solusi kepada masalah Samsung Galaxy Grand Prime ini adalah dengan menukar komponen Touch Screen. Ini kerana model ini mempunyai 2 lapisan iaitu touch screen dan LCD. Memandangkan paparan/display telefon ini masih baik,kami sarankan penukaran komponen touch screen sahaja. Syarat penukaran komponen panel sesentuh adalah komponen paparan/display mestilah tiada sebarang ‘dead pixel’ , ‘black spot’, mahupun bergaris.

Setelah mendengar nasihat dari technician kami, pelanggan akhirnya bersetuju untuk melakukan baik pulih dengan menukar  komponen Touch Screen.

 

Selesai replacement touch screen Samsung Galaxy Grand Prime

 

Hati pelanggan kami yang resah gelisah kerana tidak dapat menggunakkan phone, kini sudah berbunga bunga tatkala Samsung Galaxy Grand Prime sudah boleh di touch seperti biasa. Beliau amat berpuas hati dengan harga serta servis baik pulih yang kami beri.

Zaman ini, hampir semua daripada kita memiliki smartphone. Tetapi, pabila gajet pintar kita rosak, sudah tentu ianya akan mengganggu aktiviti harian kita.

Jadi, sesiapa yang mempunyai masalah yang sama seperti pelanggan di atas boleh datang ke GILA GADGETS SHAH ALAM.

 

 

 

Untuk dapatkan servis perkhidmatan baiki gadget Face to Face dengan GILA GADGETS SHAH ALAM boleh terus ke :

 

 

Gila Gadgets Shah Alam – Smartphone Repair & Accessories
12 A, Jalan Boling Padang F 13/F,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor.

Waze : Gila Gadgets Shah Alam
Landmark : Bertentangan Menara U, MSU.

 

Bagaimana untuk hubungi kami?
Whatsapp : 019-982 0531
Whatsapp : http://gilagadgetshahalam.wasap.my
Instagram : @gila_gadgets
Facebook  : Gila Gadgets Shah Alam – (Smartphone Repair & Accessories)